Thursday, 4 December 2014

HLP 2015&CUTI-CUTI MALAYSIA 2014

As salam...cuti sekolah kembali bermula...rasanye belum terlambat untuk kami mengucapkan selamat bercuti buat semua murid seluruh malaysia...Buat ibu bapa pastinya sibuk memikirkan destinasi percutian bersama anak- anak tersayang..walau ke mana sahaja destinasi percutian..kami mendoakan semoga percutian anda sentiasa dalam perlindunganNya... Ummi menghitung hari untuk berkumpul semula bersama keluarga tersayang...rindu pada keluarga hanya terubat setelah berakhirnya kursus ini nanti..in shaa Allah...pertama kali berpisah dengan anak-anak&suami dalam jangkamasa yang lama..macam2 perasaan bermain difikiran ummi dan rakan-rakan yang sama-sama berada di sini (24/11-07/12/14)untuk mengikuti kursus persediaan Hadiah Latihan Persekutuan(HLP)&Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa Peringkat Sarjana Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan 2015 nanti yang bertempat di Institut Latihan Uitm Tanjung Tualang, Perak..Inilah pengorbanan yang perlu ditempuhi untuk meneruskan perjuangan kami dalam menuntut ilmu...Semoga segala ilmu yang diperolehi sepanjang kursus intervensi ini dapat dijadikan garis panduan buat kami untuk ke fasa realitinya tahun hadapan..in shaa Allah Syukur alhamdulillah..sesungguhnya peluang yang diperolehi adalah sangat bermakna dalam hidup ummi...kerana ianya adalah rezeki yg diberi oleh Allah setelah diuji dengan kehilangan mujahid yang sentiasa dirindui...permata hati yg sentiasa dalam ingatan ummi..dulu..kini...dan selamanya...walau jasadmu tiada di sisi namun semangatmu menjadi penguat ummi untuk terus cekal dalam menempuhi segala onak duri yg menjadi rencah kehidupan di dunia ini...dan semoga kita sekeluarga bersatu semula di JANNAH nanti... "RABBI YASSIR WALA TU'ASSIR"...