Wednesday, 4 June 2014

DISEBALIK NAMA....

Assalamualaikum..alhamdulillah kita telah hampir menyambut ramadhan bulan utk menunaikan rukun islam berpuasa..terima kasih ya Allah atas kurniaan nikmat kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepadaMu..terima kasih juga ya Allah atas segala kurniian nikmat rezeki dan keluarga yang harmoni yang Engkau kurniakan..syukur alhamdulillah..
Dengan hadirnya bulan jun ini telah genap setahun hasif homestay beroperasi..terasa baru semalam bertungkus lumus satu keluarga dengan diri yang tengah sarat mengemas apa yang patut untuk menjadikan unit apartment ini sebagai homestay..akhirnya pada tanggal 1 jun 2013 homestay ini menerima tetamu pertama yang merupakan rakan sekerja..terima kasih pada tetamu pertama kami Pn. Azarina sklrga..(tqvm aza atas sokongan aza sklrga...):
Hari ini baru diberi kesempatan untuk update blog ini setelah sekian lama.hu..hu..punyelah lama..pada kali ini ummi(tukar istilah kami kpd ummi pulak ye..)nak memperkenalkan siapakah hero disebalik nama homestay ini..untuk makluman semua nama HASIF adalah sempena nama mujahid ummi dan abah yang sentiasa dirindui..permata hati bongsu ummi yang telah dijemput Illahi pada tanggal 17 Jun 2013 iaitu
MUHAMMAD HASIF HAFIY BIN JEZAN..yang dilahirkn pada 1 Jun 2013..Sesungguhnya kewujudan Hasif Homestay Studio ini pastinya sebagai tanda kasih + ingatan ummi dan abah pada mujahid tersayang yang kini pastinya gembira&ceria bersama mujahid&mujahidah syurgawi...alfatihah buatmu sayang...